Asid oleik adalah asid lemakomega-9monotepu yang terdapat pada pelbagai sumber haiwan dan tumbuhan. Ia mempunyai formula C18H34O2 (or CH3(CH2)7CH=CH(CH2)7COOH).[1][2] Bentuk tepu asid ini adalah asid stearik. Ia digunakan dalam minyak Lorenzo.
Asid ini merupakan asid lemak yang paling banyak dijumpai dalam tisu adipos manusia,[10] serta asid kedua terbanyak secara keseluruhannya dalam badan manusia selepas asid palmitik.[11]
Kegunaan
Asid ini paling utamanya merupakan komponen dalam pelbagai jenis makanan melalui bentuk trigliseridanya, di mana kandungan asid tersebut dalam lemak haiwan dan minyak sayuran juga merupakan sebahagian darpada diet pemakanan manusia.
Bentuk garam natrium yang dihasilkan daripada asid ini merupakan komponen utama dalam pembuatan sebun sebagai bahan pengemulsi. Ia juga digunakan sebagai bahan pelembap.[12] Jumlah kecil asid oleik digunakan sebagai bahan eksipien (excipient) dalam produk farmaseutikal, dan ia turut digunakan sebagai agen pengemulsi atau agen pelarut dalam produk--produk aerosol.[13]
^Villarreal-Lozoya, Jose E.; Lombardini, Leonardo; Cisneros-Zevallos, Luis (2007). "Phytochemical constituents and antioxidant capacity of different pecan Carya illinoinensis (Wangenh.) K. Koch] cultivars". Food Chemistry. 102 (4): 1241–1249. doi:10.1016/j.foodchem.2006.07.024.
^Nutter, Mary K.; Lockhart, Ernest E.; Harris, Robert S. (1943). "The chemical composition of depot fats in chickens and turkeys". Oil & Soap. 20 (11): 231–4. doi:10.1007/BF02630880.