Asid iotroksik , juga dikenali sebagai meglumina iotroksat , ialah molekul yang digunakan sebagai medium kontras semasa sinar-X .[ 1] [ 2] Ia khusus digunakan semasa ujian melihat pundi hempedu dan saluran hempedu .[ 2] Ia diberi dengan suntikan perlahan ke dalam urat .[ 2]
Kesan sampingan tidak biasa berlaku.[ 3] Ia termasuk muntah, pemerehan kulit , sakit kepala, kegatalan, dan tekanan darah rendah .[ 2] Kesan sampingan yang jarang termasuk sawan dan tindak balas alahan .[ 2] Ia tidak patut digunakan oleh mereka yang mempunyai alahan iodin .[ 2] Asid iotroksik ialah medium kontras mengandungi iodin daripada jenis dimer dwiion .[ 4]
Asid iotroksik kali pertama dibuat pada tahun 1976.[ 5] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Perlu Pertubuhan Kesihatan Sedunia .[ 6] Ia jarang digunakan di dunia maju disebabkan adanya kolangiopankreatografi resonans magnet (MRCP).[ 7]
Rujukan
^ "Iotroxic Acid - Drugs.com" . www.drugs.com . Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2016. Dicapai pada 31 December 2016 .
^ a b c d e f World Health Organization (2009). Stuart MC, Kouimtzi M, Hill SR (penyunting). WHO Model Formulary 2008 . World Health Organization. m/s. 315, 318. hdl :10665/44053 . ISBN 9789241547659 .
^ Neugebauer, Edmund; Sauerland, Stefan (2014). Recommendations for evidence-based endoscopic surgery: The updated EAES consensus development conferences (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 67. ISBN 9782817808499 . Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-01.
^ Schaefer, Christof; Peters, Paul W. J.; Miller, Richard K. (2014). Drugs During Pregnancy and Lactation: Treatment Options and Risk Assessment (dalam bahasa Inggeris). Academic Press. m/s. 532. ISBN 9780124079014 . Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-01.
^ Korolkovas, Andrejus (1988). Essentials of Medicinal Chemistry (dalam bahasa Inggeris). Wiley. m/s. 1063. ISBN 9780471883562 . Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-01.
^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019 . Geneva: World Health Organization. hdl :10665/325771 . WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
^ Sherlock, Shiela; Dooley, James (2008). Diseases of the Liver and Biliary System (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 568. ISBN 9780470986813 . Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-01.
Pautan luar
"Iotroxic Acid" [Asid Iotroksik]. Drug Information Portal (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Negara Perubatan A.S.