Ash Syarqiyah

Kedudukan wilayah Syarqiyah di Arab Saudi
Kedudukan wilayah Syarqiyah di Arab Saudi

Wilayah Syarqiyah merupakan sebuah wilayah di Arab Saudi yang memiliki keluasan wilayah 710,000 km² dan populasi 3,360,157 orang pada tahun (2004). Ibu kotanya ialah Dammam.

Ekonomi

Sumur Pelabur Dammam No. 7, Sumur Pelaburan pertama yang menghasilkan kuantiti minyak komersial di Arab Saudi

Ekonomi Kerajaan Arab Saudi sedikit banyak bergantung kepada minyak bumi. Oleh karena itu Ash Sharqiyah atau Provinsi Timur di Pesisir Timur Arab Saudi nerupakan kawasan yang mempunyai potensi rizab minyak Arab Saudi. Saudi Aramco, pelabur minyak milik kerajaan Arab Saudi, adalah organisasi kerajaan yang mempunyai kepentingan utama dalam persyarikatan petroleum, dan mempunyai pangkalan di Dhahran, Dammam Raya . Saudi Aramco berjaya menjadi pelaburan kelima di dunia yang mampu mencapai permodalan pasaran 1 triliyen$ (1,000,000,000,000$) pada tarikh 11 Disember 2019. Selepas diumumkannya di hari yang sama dalam apa yang dianggap sebagai tawaran awam terbesar pada Disember 2019. Keesokan harinya, pada tarikh 12 Disember 2019, syarikat itu menembus rekod pasaran 2 trilion $. Menjadi syarikat pertama dan satu-satunya di dunia yang mampu melakukan hal demikian.[1]

Kurma Saga'i Arab Saudi

Medan minyak dan gas utama kerajaan terletak di Wilayah Timur dengan tapak-tapak seperti Padang Ghawar, medan minyak darat terbesar di dunia dan medan minyak Safaniya, medan minyak luar pesisir terbesar di dunia. Petroleum ditapis di pelbagai kilang penapisan yang tersebar di seluruh kerajaan dan dihantar ke berpuluh-puluh negara dari bandar pelabuhan seperti Ra's Tanura . Saluran paip Timur-Barat memudahkan pengangkutan minyak yang cekap dari medan minyak dan penapisan timur ke kilang penapisan dan bandar dermaga-dermaga barat, seperti di Bandar Rabigh dan Jeddah .

Produk pertanian terbesar Arab Saudi uakni kurma, juga membentuk sebahagian besar daripada kegiatan ekonomi wilayah itu. Setiap tahun beribu tan kurma dituai dari pokok kurma di oasis gergasi Ahsa untuk dijual di dalam dan luar negara.

  1. ^ Charles Riley (12 December 2019). "The world has its first $2 trillion company. But for how long?". CNN. Dicapai pada 2020-04-03.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!