Tuan Arumugam A/L Vengatarakoo (10 November 1954) ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai EXCO Kedah dan ADUN Bukit Selambau mewakili PKR sebelum bertindak meletakkan jawatan dan keluar parti sehingga Pilihan raya kecil Bukit Selambau 2009 terpaksa dijalankan. Walau bagaimanapun beliau telah menyertai PKR semula dan memegang jawatan sebagai Ketua PKR Merbok.
Selepas memenangi pilihan raya 2008, beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah[1] memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India[2].
Walau bagaimanapun, beliau telah meletak jawatan sebagai anggota EXCO dan ADUN pada Februari 2009 yang menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil.[3][4]
Sebelum menyertai politik, Arumugam ialah seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia.[3]
Rujukan