Armada Utara

Armada Utara
Lambang bahu Armada Utara
Aktif5 Ogos, 1933 – kini
Kesetiaan Kesatuan Soviet
(1933–1991)
Persekutuan Rusia
(1991–kini)
Cawangan Tentera Laut Rusia
PerananPeperangan laut
Peperangan amfibia
Saiz39 x kapal perang
42 x kapal selam
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Rusia
PangkalanSeveromorsk (HQ)
Polyarnyy
Olenya Bay
Gadzhiyevo (Yagelnaya/Sayda)
Vidyayevo (Ura Bay and Ara Bay)
Bolshaya Lopatka (Litsa Guba)
Gremikha
Peringatan11 Mei
PertempuranPerang Dunia II
Penobatan Pingat Panji Merah
Komander
Komander
terkini
Adm. Nikolai Yevmenov
Komander
terkenal
Adm. Vladimir Vysotskiy
Adm. Feliks Gromov
Adm. Ivan Kapitanets
Adm. Vladimir Chernavin
Adm. Semyon Lobov
Adm. Vladimir Kasatonov
Adm. Arseniy Golovko

Armada Utara (Rusia: Северный флот, Severnyy flot) adalah sebuah armada di dalam Tentera Laut Rusia yang berpangkalan di Lautan Artik.[1]

Armada ini ditubuhkan pada tahun 1933 oleh Soviet Union sebagai Flotila Utara. Armada ini dianggap sebagai pewaris tidak rasmi bagi Flotila Laut Artik yang ditubuhkan pada tahun 1916 oleh Empayar Rusia untuk melindungi Laut Putih semasa Perang Dunia I. Ia dibangunkan menjadi sebuah armada penuh dalam Tentera Laut Soviet pada tahun 1930an, dan selepas dianugerahkan Pingat Panji Merah pada tahun 1965, ia kemudian secara rasminya dikenali sebagai Armada Utara Panji Merah sehingga tahun 1991. Semasa era Soviet, Armada Utara mengoperasikan lebih daripada 200 buah kapal selam dari kelas-kelas berkuasa diesel-elektrik sehingga peluru berpandu balistik nuklear. Armada Utara juga bertanggungjawab untuk operasi dan pertahanan laut-laut Artik di sepanjang Rusia Utara, termasuk Laut Barents dan Laut Kara, selain pantai maritim utara yang menghampiri Rusia termasuk Laut Norway dan Atlantik.

Ibu pejabat dan pangkalan utama Armada Utara terletak di Severomorsk, Oblast Murmansk, dengan pangkalan-pangkalan sekunder bertaburan di Teluk Kola. Pada hari ini, Armada Utara menjadi asas kepada Markas Strategik Bersama Armada Utara (Rusia), yang mana telah ditubuhkan pada tahun 2014; yang mana termasuk kesemua pasukan bersenjata Rusia yang terletak di Oblast Murmansk dan Arkhangelsk, dan pulau-pulau di luar pantai Rusia di pantai utaranya. Komander terkini adalah Laksamana Nikolay Yevmenov, yang mana memegang jawatan ini sejak bulan November 2015.

Bacaan lanjut

  • Kristian Åtland, Russia's Armed Forces and the Arctic: All Quiet on the Northern Front?, Contemporary Security Policy, Vol. 32, Issue 2, 2011

Rujukan

  1. ^ "Северный флот" [Northern Fleet]. flot.com (dalam bahasa Russian). Dicapai pada 2016-05-24.CS1 maint: unrecognized language (link)

Templat:GSEncyclopedia

Pautan luar

Koordinat: 71°22′2″N 24°34′3″E / 71.36722°N 24.56750°E / 71.36722; 24.56750

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!