Armada Atlantik adalah armada Royal Navy. Ia wujud dalam dua tempoh yang berasingan; iaitu tahun 1909 sehingga 1914, dan kemudian 1919 sehingga 1932.
Sejarah
Pada 14 Disember 1904 Armada Selat digayakan semula sebagai 'Armada Atlantik'.[1] Armada Atlantik berlangsung hingga tahun 1912 sewaktu ketegangan meningkat antara Jerman memaksa Royal Navy untuk menyambung semula pembentukan armada dan Armada Atlantik menjadi Skuadron Tempur Ke-3.[2] Armada Atlantik berpangkalan di Gibraltar untuk memperkuatkan Armada Selat atau Armada Mediterranean, dari Januari 1905 hingga Februari 1907. Ia kekal di Gibraltar sehingga April 1912.[3]
Armada Atlantik sekali lagi dibentuk selepas berakhirnya Perang Dunia I, apabila angkatan laut British disusun semula untuk menggambarkan keadaan ekonomi dan politik yang berubah di Eropah. Armada itu diwujudkan setelah pembubaran Armada Besar pada April 1919, menyerap banyak, tetapi tidak semua elemen-elemennya. Ia diletakkan dibawah seorang Panglima, yang menyandang gelaran Panglima Besar Armada Atlantik dan Armada Utama, sebelum Armada Utama menjadi Armada Simpanan dan sebuah markas yang sama sekali terpisah. HMS Queen Elizabeth menjadi kapal pemerintah Armada dan berkhidmat dalam kapasiti itu sehingga tahun 1924.[4]
Armada ini tidak pernah berperang dalam pertempuran laut sepanjang sejarahnya yang singkat. Satu-satunya catatan penting dalam sejarah ialah pada tahun 1931, semasa peristiwa Invergordon Mutiny. Para kelasi armada secara terbuka enggan mematuhi perintah mengenai pertikaian tentang gaji yang dicetuskan oleh kerajaan ketika itu.[5] Sejarah pendek armada berakhir pada tahun 1932, apabila Admiralti yang telahpun dikejutkan oleh peristiwa Invergordon Mutiny, menamakan semula armada tersebut sebagai Armada Utama.[6]
Rujukan
Pautan luar
Templat:Admiralty Department
Templat:Royal Navy fleets