Paris La Défense Arena (asalnya Arena U) merupakan sebuah stadium berkubah pelbagai guna di Nanterre, sebuah kawasan subbandar di barat Paris. Dibuka pada Oktober 2017, stadium ini telah dibina oleh kelab ragbiRacing 92 untuk menggantikan Stade Olympique Yves-du-Manoir sebagai gelanggan sendiri mereka. Stadium ini merupakan salah satu daripada dua stadium berkubah pelbagai guna di Eropah, bersama dengan Telenor Arena serta merupakan arena tertutup terbesar di Eropah.[1]hak penamaannya kini dimiliki oleh Paris La Défense, sebuah syarikat pengurusan bagi daerah perniagaan La Défense yang berdekatan dengan stadium tersebut.
Penyusunan tempat duduk stadium ini boleh disesuaikan untuk kegunaan yang berbeza. Bagi pertandingan ragbi, stadium ini akan memiliki kapasiti tempat duduk yang kecil, iaitu 30,681. Bagi konsert pula, stadium ini boleh menampung 40,000 penonton.[2] Tempat duduk stadium tersebut juga boleh diubah suai untuk menganjurkan pelbagai jenis sukan dalam dewan dengan kapasiti yang berbeza. Stadium tersebut juga mempunyai ruang pejabat seluas 33,000 meter persegi (360,000 ka2), 300 buah bilik pelajar, dan kedai-kedai.
Stadium ini akan menganjurkan acara renang dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2024. Disebabkan oleh peraturan penajaan IOC, stadium tersebut akan dirujuk sebagai Arena 92.[3]
Sejarah
Stadium tersebut asalnya dijadualkan untuk membuka pada 2014, namun tarikh tersebut telah ditunda disebabkan protes daripada penduduk tempatan atas kebimbangan pencemaran suara yang dibawa oleh penonton konsert dan pertandingan.[4] Projek pembinaan akhirnya bermula 2 Disember 2013, dengan batu asas diletakkan pada Februari 2014 [5]Tarikh pembukaannya akhirnya ditetapkan pada 30 September 2017.[6]
Racing 92 memainkan perlawanannya pertama mereka di stadium baharu pada 22 Disember 2017 apabila mengalahkan pasukan Stade Toulousain dengan mata 23-19.[7][8] Nama kerja stadium tersebut telah ditukar daripada "Arena92" kepada "Arena U" pada Disember 2016, merujuk kepada bentuk stadium apabila dipandang dari atas.[9] Namanya diubah sekali lagi pada 12 Jun 2018 kepada nama mutakhirnya, Paris La Défense Arena.[10] Hal ini diikuti dengan satu perjanjian hak kenamaan sepanjang 10 tahun dengan Paris La Défense, syarikat yang menguruskan daerah perniagaan La Défense yang berhampiran dengan stadium tersebut.[11]
The Rolling Stones telah menjadi artis pertama untuk membuka konsert di stadium tersebut, sebagai perhentian terakhir bagi konsert jelajah Eropah mereka No Filter Tour, dengan tiga persembahan pada 19, 22, dan 25 Oktober 2017.[12] Perlawanan ragbi pertama di stadium ini berlangsung pada 25 November 2017 antara Perancis dengan Jepun. Pada 11 Mac 2018, satu perlawanan bola keranjangLNB Pro A antara Nanterre 92 dan ASVEL Basket berlangsung. Perlawanan itu dihadiri oleh 15,220 penonton, hal ini merupakan kehadiran tertinggi dalam sejarah liga tersebut.[13] Sejak 2017, stadium tersebut telah menganjurkan Paris Motocross.[14]
^"Racing-Métro: La construction de l'Arena 92 enfin lancée" [Racing-Metro: The construction of the Arena 92 finally launched]. Midi Olympique (dalam bahasa Perancis). Groupe La Dépêche du Midi. 2 Disember 2013. Dicapai pada 25 Disember 2018.
^Aymard, Damien (4 Disember 2018). "Le naming de la U Arena est-il légal?" [Is the naming of U Arena legal?]. Acteurs Du Sport (dalam bahasa Perancis). Infopro Digital. Dicapai pada 25 Disember 2018.
^"L'Arena 92 inaugurée fin 2016" [Arena 92 akan dibuka pada akhir tahun 2016]. Le Figaro (dalam bahasa Perancis). Dassault Group. 2 Disember 2013. Dicapai pada 2 Disember 2013.
^"L'Arena 92 sera livrée en septembre 2017" [The Arena 92 will be delivered in September 2017]. L'Équipe (dalam bahasa Perancis). 2 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2016. Dicapai pada 2 Jun 2016.
^"R92 vs ST à la U Arena - La billetterie est ouverte !" [R92 vs. ST at U Arena - The ticket office is open!] (Siaran akhbar) (dalam bahasa Perancis). Racing 92. 25 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2017. Dicapai pada 16 November 2017.
^"La U Arena devient Paris La Défense Arena" [The U Arena becomes Paris La Défense Arena] (Siaran akhbar) (dalam bahasa Perancis). Paris La Défense Arena. 12 Jun 2018. Dicapai pada 18 Jun 2018.
^"Current Boxscore". Billboard. Jil. 129 no. 25. Eldridge Industries. 11 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2017. Dicapai pada 25 Disember 2018.
^Bureau, Eric; Marolle, Emmanuel (23 Ogos 2018). "Rock en Seine et Paris Summer Jam en guerre" [Rock en Seine and Paris Summer Jam at war]. Le Parisien (dalam bahasa Perancis). Groupe Les Échos-Le Parisien. Dicapai pada 25 Disember 2018.
^Binet, Stéphanie (14 Oktober 2018). "A Paris, Booba triomphe sans jamais passer le mur du son" [In Paris, Booba triumphs without ever passing the wall of sound]. Le Monde.fr (dalam bahasa Perancis). Groupe Le Monde. Dicapai pada 25 Disember 2018.
^Pineau, Marine (25 Oktober 2018). "Pink en concert à l'U Arena, la date complète en moins de 5 minutes" [Pink in concert at the U Arena, the full date sells out in less than 5 minutes]. Virgin Radio (France) (dalam bahasa Perancis). Lagardère Active. Dicapai pada 25 Disember 2018.
^"Après Bercy, Bigflo & Oli s'attaquent au Stadium" [After Bercy, Bigflo & Oli tackle the Stadium]. La Dépêche du Midi (dalam bahasa Perancis). Groupe La Dépêche du Midi. 16 Disember 2018. Dicapai pada 25 Disember 2018.
^Foé, Nouma (2 November 2018). "L'interview Backstage de Patrick Bruel" [The Backstage interview of Patrick Bruel]. Chérie FM (dalam bahasa Perancis). NRJ Group. Dicapai pada 25 Disember 2018.