Araq secara tradisional dibuat daripada dua bahan iaitu anggur dan jintan manis. Biji jintan manis yang dihancurkan menghasilkan minyak yang memberi araq sedikit rasa akar manis yang dikehendaki.[8]
Anggur yang dipilih pembuat dipastikan bermutu baik;[9] pokok anggur mesti sangat matang dan biasanya berwarna keemasan. Gugusan buah yang dituai pada akhir September dan Oktober, dihancurkan dan dimasukkan ke dalam tong bersama jus (dalam bahasa Arab: el romeli) dan dibiarkan terperam selama tiga minggu. Kadang-kadang keseluruhan campuran diaduk untuk melepaskan karbon dioksida.
Penyulingan
Tong-tong sulingan ini biasanya terbuat dari keluli tahan karat atau tembaga, bahan penyuling boleh mempengaruhi rasa dan ciri khas air keras yang dihasilkan. Batu tembaga asli dengan bentuk Moor adalah yang paling banyak dicari.[10]
Alkohol yang dikumpulkan pada penyulingan pertama mengalami penyulingan kedua, tetapi kali ini ia dicampurkan dengan jintan manis. Nisbah alkohol dan jintan manis boleh berbeza dan ini adalah salah satu faktor utama kualiti produk akhir. Produk siap dihasilkan semasa penyulingan terakhir yang berlaku pada suhu serendah mungkin.[4]
Penyediaan
Minuman keras ini biasa dihidangkan bersama mezza, yang mungkin merangkumi puluhan hidangan tradisional kecil. Secara amnya, peminum araq lebih gemar meminumnya dengan cara ini, daripada bersendirian. Ia juga dimakan dengan hidangan daging mentah atau barbeku, bersama dengan hidangan yang dibubuhi dengan toum (sos bawang putih).[11][10]
Minuman ini cenderung berperisa kuat sehingga biasanya dicampurkan mencair dalam nisbah kira-kira satu bahagian arak hingga dua bahagian air dalam bekas yang disebut ibrik (Arab: ibrīq, إبريقcode: ar is deprecated ). Campuran kemudian dituangkan ke dalam cawan berisi ais (biasanya kecil), tetapi dapat juga diminum dalam cawan berukuran biasa. Pencairan ini menyebabkan minuman keras jernih bertukar warna putih susu kerana anetol iaitu minyak pati jintan manis yang larut teremulsi dalam alkohol tetapi tidak dalam air. Sekiranya ais ditambahkan ke bekas minuman dahulu, suatu lapisan akan terbentuk membeku di permukaan gelas dari sejuknya ais yang dianggap tidak menarik atau menyenangkan di permukaan minuman, kerana ais menyebabkan minyak menjadi padat.
Seseorang yang meminum araq tidak akan menggunakan gelas sama sekiranya mahu minum berulang kali; araq yang dipesan di restoran misalnya akan dihidangkan dengan beberapa gelas untuk setiap peminum sendiri.[12]
Rujukan
^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 246. ISBN967-65-7321-3.
^Dictionary definition: arak. (n.d.) American Heritage Dictionary of the English Language, Fifth Edition. (2011). Retrieved 10 March 2016.