Anugerah Drama Sangat 2021 ialah sebuah majlis anugerah anjuran TV3 melalui jenama Drama Sangat. Berlangsung pada 18 Disember 2021 di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai warga penerbitan yang menjadi penyedia kandungan kreatif drama tempatan di Malaysia.[1] Ia diadakan buat julung kalinya bagi menggantikan Anugerah Skrin dan Drama Festival Kuala Lumpur yang tidak lagi diadakan sejak 2019. Edisi sulung anugerah ini telah menyaksikan drama 7 Hari Mencintaiku 2 menerima 11 pencalonan dan 3 kemenangan.
Gambaran keseluruhan
Anugerah Drama Sangat (ADS) diadakan bagi meraikan keringat dan tulang belakang industri hiburan Malaysia. Ia memberi peluang kepada peminat untuk menghargai artis-artis kegemaran mereka dan juga pengkarya seni yang berada di belakang tabir iaitu penerbit, pengarah dan penulis skrip.[2] Berbeza dengan Anugerah Skrin dan Drama Festival Kuala Lumpur yang kedua-duanya anjuran TV3, ADS mempertandingkan 13 kategori.[3] Terdapat 8 kategori yang terbuka untuk undian peminat, selebihnya melalui penilaian juri profesional.[4] Undian bagi memilih pemenang dalam lapan kategori tersebut bermula daripada 3 hingga 31 Oktober 2021 menerusi laman sesawang ADS.[5]
Nabila Huda dan Ain Edruce menggalas tanggungjawab sebagai pengacara untuk malam anugerah ADS.[1] Barisan pelakon popular diberi kepercayaan menyampaikan trofi kepada pemenang. Antara mereka yang menyampaikan trofi ialah Ogy Ahmad Daud, Jalil Hamid, Erra Fazira, Aaron Aziz, Azhan Rani, Zul Ariffin, Izzue Islam, Hisyam Hamid, Redza Rosli, Fify Azmi, Nabila Razali, Scha Elinnea dan Sharifah Rose. Manakala persembahan pentas menampilkan barisan artis baharu dan lama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Noraniza Idris, Cat Farish, Sarah Suhairi dan Khai Bahar. Foodpanda menjadi penaja rasmi ADS.[6]
Muzik video dan lagu tersendiri untuk ADS, yang berjudul "Drama Sangat" ialah hasil cetusan idea Shazee Ishak dan dipersembahkan oleh Stacy, Ismail Izzani dan ahli kumpulan rap K-Clique, Noki.[6] ADS diterajui oleh pengurus projek Russell Mark Rodrigues, penerbit eksekutif Intan Noorbaizura Aliuddin dan penerbit Aeizul Reeza Ismail.[6] Tanda pagar #AnugerahDramaSangat dan #LagiDramaLagiRasa diwujudkan bagi menghangatkan ADS 2021 di media sosial.[7]
Persembahan
Calon dan pemenang
Para pemenang ditandakan dengan teks tebal.[8]
Anugerah utama
Drama Terbaik
|
Pengarah Terbaik
|
|
|
Penulis Skrip Terbaik
|
Drama Popular
|
|
|
Pelakon Lelaki Terbaik
|
Pelakon Wanita Terbaik
|
|
|
Pelakon Antagonis Terbaik
|
Pasangan Drama Terbaik
|
|
|
OST Terbaik
|
Drama Adaptasi Novel Terbaik
|
|
|
Babak Tular Drama Terbaik
|
|
Anugerah khas
Pesona Bintang
|
Barisan Pelakon Terbaik Drama
|
Drama Mandarin Terbaik
- Bonus Vacation - Sky Pictures
|
Drama dengan pencalonan terbanyak
Insiden
Berikutan bencana banjir yang berlaku di Semenanjung Malaysia pada pertengahan Disember 2021, malam kemuncak ADS 2021 yang berlangsung di WTCKL terpaksa ditangguhkan berikutan bencana banjir. Media Prima Berhad dalam satu kenyataan berkata: "Penangguhan ini disebabkan bencana banjir yang melanda WTC KL di mana lokasi anugerah ini berlangsung,". Siaran langsung anugerah ini dihentikan selepas pengumuman pemenang kategori Drama Mandarin Terbaik yang dimenangi oleh Bonus Vacation.[9][10][11]
Rujukan
Pautan luar