Majlis Anugerah Akademi ke-85 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2012 dan berlangsung pada Februari 24, 2013 di Teater Dolby, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Craig Zadan dan Neil Meron dan diarahkan oleh Don Mischer.[4][5]Seth MacFarlane mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[6]
Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-4 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada Disember 1, 2012.[7] Pada Februari 9, 2013, dalam sebuah majlis di Hotel The Beverly Hills, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Chris Pine dan Zoe Saldana.[8]
Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Februari 24, 2013.[14]Argo merupakan filem keempat untuk memenangi Filem Terbaik tanpa mendapat pencalonan pengarah selepas Wings, Grand Hotel dan Driving Miss Daisy.[15] Sebagai penerbit bersama Argo, George Clooney menjadi individu ketiga untuk memenangi Oskar dalam kedua-dua lakonan dan penerbitan.[16] Pada umur 22 tahun, pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Jennifer Lawrence menjadi pemenang kedua termuda dalam kategori tersebut.[17] Dengan kemenangan ketiganya untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Daniel Day-Lewis menjadi pelakon pertama untuk memenangi kategori tersebut tiga kali.[18] Pada umur sembilan tahun, Quvenzhané Wallis menjadi calon termuda untuk Pelakon Wanita Terbaik. Manakala, Emmanuelle Riva (berumur 85 tahun) merupakan calon tertua untuk Pelakon Wanita Terbaik.[19]
‡ Tarikh dan tahun yang disenaraikan untuk setiap majlis ialah tempoh kelayakan keluaran filem di Los Angeles County. Untuk lima upacara pertama, tempoh kelayakan dilakukan secara bermusim, dari Ogos hingga Julai. Untuk upacara keenam yang diadakan pada tahun 1934, tempoh kelayakan berlangsung dari 1 Ogos 1932 hingga 31 Disember 1933. Sejak majlis ketujuh yang diadakan pada tahun 1935, tempoh kelayakan menjadi tahun kalendar penuh dari 1 Januari hingga 31 Disember. Untuk upacara ke-93, dijadualkan diadakan pada tahun 2021, tempoh kelayakan akan berlangsung dari 1 Januari 2020, hingga 28 Februari 2021.