Joe Vargas |
---|
Vargas pada 2015 |
|
Kelahiran | Jose Antonio Vargas (1984-06-18) 18 Jun 1984 (umur 40)
|
---|
Warganegara | Amerika Syarikat |
---|
Pekerjaan | Personaliti YouTube |
---|
Laman web | angryjoeshow.com/ajsa/ |
---|
|
Saluran | AngryJoeShow |
---|
Tahun aktif | 2008–kini |
---|
Genre | |
---|
Pelanggan | 3.24 juta[1] |
---|
Jumlah tontonan | 1.17 bilion[1] |
---|
Rangkaian | Channel Awesome (2009–2018) |
---|
Kegiatan berkaitan | Doug Walker |
---|
Ungkapan penarik |
- "I'll see you guys on the next Angry Joe Show" (Jumpa anda di Angry Joe Show seterusnya)
- "You done f***ed it up!" (Kau dah rosakkannya!)
- "Dat look good!" (Ia nampak bagus!)
- "Four hours?!" (Empat jam?!)
- "A-ArE yOu OuTtA yOuR MiNd?" (K-KaU dAh HiLanG AKaL?)
|
---|
|
| 100,000 pelanggan
| 2012
|
| 1,000,000 pelanggan
| 2013
|
|
Jose Antonio "Joe" Vargas (lahir 18 Jun 1984) adalah seorang pengulas media Amerika Syarikat dan selebriti YouTube.[3] Beliau terkenal dengan gambarannya sebagai watak "Angry Joe" (Joe Marah) dan untuk pengeluaran rancangan The Angry Joe Show, sebuah saluran ulasan permainan video dan filem.[4]
Siaran YouTube
Vargas melancarkan saluran YouTube The Angry Joe Show pada tahun 2008 dengan video "Shit that Pisses Me Off - Madden 2009 Hardcore Gamers" di bulan 4 Oktober.[5] Segmen ini memaparkan watak Vargas "Angry Joe" mengulas tentang permainan video pada skala 1-10 menggunakan tema sketsa komedi. Saluran itu diterima dengan baik oleh komuniti YouTube, sehingga Disember 2018 saluran itu telah memperoleh lebih daripada 900 juta penonton dan telah mengumpulkan 3,000,000 langganan.[6] Sebagai tambahan kepada ulasan permainan, Vargas mengeluarkan ulasan filem di salurannya. Vargas dan salurannya telah menerima sebutan di media yang meliputi YouTube,[4][7] yang paling khusus untuk penentangan Vargas terhadap jangkauan hak cipta di YouTube.[8][9][10][11] Kepentingan Vargas tentang hak cipta di YouTube berasal dari kejadian di mana Nintendo America mengajukan tuntutan hak cipta pada video Joe bermain Mario Party 10.[12][8][13]
Vargas bersekutu dengan Blistered Thumbs dari syarikat pengeluaran media Channel Awesome sehingga April 2018. Ini disebabkan oleh kontroversi yang sedang berlangsung pada masa berkenaan Channel Awesome dan banyak pengeluarnya yang sebelum ini, ramai yang sebelum ini dikenali dan bergabung dengan Vargas masa lalu.
Street Fighter: The Miniatures Game
Pada April 2018, projek Kickstarter untuk mewujudkan permainan miniatur menggunakan karakter berlesen dari siri permainan video Street Fighter telah dilancarkan oleh Vargas.[3][14] Kempen projek Kickstarternya mengumpul lebih $400,000 pada hari pertamanya, satu pencapaian yang seterusnya menarik liputan media.[15][16]
Penjelasan mengenai keganasan permainan video
Selepas insiden penembakan El Paso pada 3 Ogos yang mengorbankan 22 nyawa dan mencederakan 24 yang lain. Joe Vargas ditemuramah oleh stesen televisyen tempatan untuk memberi penjelasan berkenaan permainan video dan keganasan yang sering kali dikaitkan oleh ahli politik di Amerika pasca kejadian penembakan beramai-ramai. Vargas berkata di dalam temuramah: "Ia mengecewakan saya kerana kami perlu berhadapan dengan ini setiap kali." kata Vargas sebelum menambah. "Ia mengingatkan saya apabila mereka menyalahkan muzik rock, muzik rap, muzik heavy metal atau filem aksi."[17]
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar