Koordinat: 13°26′N 103°50′E / 13.433°N 103.833°E / 13.433; 103.833
Angkor ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada suatu kawasan di Kemboja yang merupakan pusat pemerintahan empayar Khmer yang berkuasa di antara abad ke-9 dan abad ke-15 Masihi yang diasaskan oleh Jayavarman II. Kerajaan Angkor menerima pengaruh Hindu-Buddha dan juga sangat maju kerana mempunyai empayar yang luas.
Raja Angkor dianggap sebagai Devaraja yang mempunyai kuasa mutlak. Kerajaan Angkor mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Suryavarman II. Raja dibantu oleh kerabatnya dalam menjalankan tugas pentadbiran. Pembinaan baray menjadikan kerajaan Angkor mendapat hasil pertanian yang lumayan. Kawasan pertanian terletak di tasik Tonle Sap. Tasik Tonle Sap dibina pada abad ke-10 Masihi. Pusat pemerintahan bagi Kerajaan Angkor ialah Harihalaya.
Raja-raja Kerajaan Angkor