Anggerik monyet, dengan nama saintifik Dracula simia ialah spesies anggerik sakat yang asalnya digambarkan dalam genus Masdevallia,[2] namun kemudian dipindahkan ke genus Dracula.[1] Susunan turus, ranggi dan lidahnya sangat menyamai muka seekor monyet.[2][3] Tumbuhan ini berbunga pada mana-mana musim dengan beberapa bunga dalam perbungaannya kembang berturut-turut.[2] Bunganya harum dengan bau limau ranum.[4][5][6]
Anggerik monyet tempatan di Ecuador, namun turut dijumpai di beberapa kawasan Colombia dan Peru. Kini, anggerik ini berada dalam bahaya kepupusan.
[7]
Lihat juga
Rujukan