An-Nasir Lid-Dinillah

Abu al-Abbas Ahmad an-Nasir Lid-Dinillah (1158M/553H - 1225) (Arab: أبو العباس أحمد الناصر لدين الله) adalah khalifah yang ke-34 bagi Kerajaan Bani Abbasiyyah. An-Nasir merupakan khalifah Bani Abbasiyyah terakhir yang cekap dan berkemampuan dalam mentadbir urus negara. Selepas beliau, tiada lagi khalifah yang cekap seterusnya menyebabkan sistem pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah berada di dalam keadaan tidak terurus yang menjurus kepada Kejatuhan Baghdad pada 1258M.

Keadaan semasa pemerintahannya

Ketika awal pemerintahannya, An-Nasir berhajat untuk menumbangkan kerajaan Islam Saljuk yang bertujuan untuk menyatupadukan kesemua jajahan kerajaan Islam berada di bawah pentadbiran Bani Abbasiyyah. Namun pada masa yang sama, khalifah kerajaan Khwarizmiyah, Tekish telah pun menyerang kerajaan Saljuk terlebih dahulu.

Sebagai usahanya untuk menyatukan kerajaan Islam, An-Nasir menghantar wakilnya untuk mengadakan hubungan politik, namun disambut dingin oleh Tekish. Pada tahun 1215, apabila khalifah Alauddin Muhammad memimpin kerajaan Khwarizmiyah, dia merancang untuk menyerang Baghdad. Hasilnya wilayah bahagian timur berjaya dikuasai oleh tentera Khawarizmiyah.

Ini menyebabkan keadaan hubungan semasa di antara kedua kerajaan Islam bertambah buruk.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!