Amelia |
---|
Poster keluaran tayangan |
Pengarah | Rosnani Jamil |
---|
Lakon layar | Rosnani Jamil |
---|
Dihasilkan oleh | Jamil Sulong |
---|
Dibintangi | |
---|
Sinematografi | Johari Ibrahim |
---|
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
---|
Muzik oleh | Joe Wings |
---|
Diedarkan oleh | RJ Filem |
---|
Tarikh tayangan | 16 Mei 1996[1] |
---|
Masa tayangan | 110 minit |
---|
Negara | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Amelia merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 1996 arahan dan skrip oleh Rosnani Jamil. Dibintangi oleh Joe Wings, Ruhil Amani, Azean Irdawaty dan ramai lagi,[2][3] filem ini ditayangkan pada 16 Mei 1996.
Sinopsis
Amelia berkenalan dengan Fandy. Kalsom, ibu Amelia mahu menjodohkan Amelia dengan Jefry, anak sepupunya tetapi dihalang oleh bapanya. Aminuddin, bapa Amelia menemui Fandy dan menceritakan segala dan berharap Fandy dapat mengahwini Amelia. Fandy kecewa lalu terus ke luar Negara dan ini menyebabkan Amelia bersetuju mengahwini Jefry. Amelia dijangkiti AIDS dari Jefry. Jefry meninggal dunia akibat kemalangan. Fandy menebus kesilapan dengan mengahwini Amelia.
Pelakon
Penerbitan
Amelia diarahkan oleh Rosnani Jamil yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip dengan suaminya, Jamil Sulong sebagai penerbit.[5][6][7] Untuk filem ini, Rosnani memilih penyakit AIDS sebagai subjek utama.[8]
Penyanyi, Ruhil Amani sanggup menunda rakaman album terbarunya untuk berlakon dalam filem ini.[9] Namun, semasa menjalani penggambaran, Ruhil mengalami sedikit kecederaan apabila terjatuh dari kuda tunggangannya,[10] namun keadaannya stabil selepas menerima rawatan.
Penggambaran dijalankan pada Ogos dan September 1995 di Kuala Lumpur dan dua lokasi di Pahang – Bukit Fraser dan Cameron Highlands.[5] Filem ini telah menerima kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) tanpa sebarang potongan selepas selesai menjalani proses penapisan pada Januari 1996.[11]
Keluaran dan sambutan
Amelia ditayangkan pada 16 Mei 1996 di pawagam selurun Malaysia.[12]
Anugerah
Rujukan
Pautan luar