All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK) (terjemahan. Federasi Progresif Anna Dravidian Seluruh India; disingkat AIADMK)adalah sebuah parti politik regional India yang mempunyai pengaruh besar di negeri Tamil Nadu dan wilayah kesatuan Puducherry. Ia merupakan sebuah parti Dravida yang diasaskan oleh bekas Ketua Menteri Tamil Nadu, M. G. Ramachandran (M.G.R.), di Madurai pada 17 Oktober 1972 sebagai sebuah faksi yang berpisah dari Dravida Munnetra Kazhagam (DMK).[5]
Parti tersebut menganut dasar Sosialisme dan Sekularisme berdasarkan prinsip-prinsip C. N. Annadurai (Anna), yang secara kolektif dikenali sebagai 'Annaisme' oleh M.G.R.[6][7]Walaupun pandangan ideologinya telah berubah seiring waktu, secara umumnya AIADMK telah menyokong politik Dravidia, yang menekankan keadilan sosial, kebanggaan linguistik (Bahasa Tamil), Liberalisme ekonomi, sekularisme, dan politik hijau.
Parti ini telah memenangi majoriti tujuh kali di Majlis Undangan Negeri Tamil Nadu dan telah menjadi organisasi politik yang paling berjaya dalam sejarah negeri itu. Saat ini, parti ini merupakan parti pembangkang utama di Majlis Undangan Negeri Tamil Nadu.
Senerai pemimpin parti
Sekretaris Jeneral
Pranala luar
Rujukan