Aliran Yūrakuchō Tokyo Metro (東京メトロ有楽町線, Tōkyō Metoro Yūrakuchō-sen) merupakan aliran kereta api alihan laju yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat Tokyo Metro. Ia menghubungkan stesen Wakōshi di Wakō, Saitama sehingga stesen Shin-kiba di Kōtō, Tokyo. Aliran Yūrakuchō juga dikenali sebagai Aliran 8 Aliran Yūrakuchō (8号線有楽町線, 8-gōsen Yūrakuchō-sen).
Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Yūrakuchō ditunjukkan dengan warna emas ( ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "Y" ().
Stesen
Secara keseluruhannya, terdapat 24 buah stesen pada aliran ini di mana hanya satu stesen yang terletak di wilayah Saitama (Wakōshi) manakala selebihnya terletak di Tokyo. Perkhidmatan ekspres terhad Romancecar, Bay Resort beroperasi di antara Shin-kiba dan Hon-atsugi di aliran Odawara (Odakyū), dua hingga tiga kali sebulan, bersambung melalui landasan di antara Sakuradamon dan Kasumigaseki ke aliran Chiyoda (ditanda sebagai "♦")
- ^ a b c d e f Berkongsi landasan yang sama dengan aliran Yūrakuchō
Rujukan
Pautan luar