Aku Bukan Mistress ialah novel 2011 oleh penulis novel Malaysia, Acik Lana terbitan Kaki Novel.[1] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama yang bertajuk Aku Isterinya terbitan TV3 pada 2014.[2]
Sinopsis
Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yg dibina oleh Mikail dgn bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yg kejam, Shamil yg menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yg sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dlm resah ada debar, dlm benci ada rindu, dalam marah ada tenang... Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorg perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impiah? Dan... cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yg sama?
Aku Bukan Mistress dikeluarkan pada 2011 oleh Kaki Novel. Pada tahun 2014, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 2 April 2014 di TV3, dibintangi oleh Izzue Islam dan Anzalna Nasir.