Gurmukhī (ਗੁਰਮੁਖੀ) ialah sistem tulisan yang paling laris digunakan untuk bahasa Punjabi. Tulisan abugida yang diterbitkan dari tulisan Laṇḍā dan maak itu merupakan keturunan tulisan Brāhmī ini diselaraskan oleh Guru Sikh kedua, iaitu Guru Angad Dev, pada abad ke-16. Kesemua 1,430 halaman kitab Guru Granth Sahib menampakkan abjad ini. Nama "Gurmukhi" berasal dari istilah Punjabi lama "guramukhī" yang bererti "dari mulut Guru".
Tulisan Gurmukhi moden mempunyai 41 aksara konsonan (vianjan), sembilan aksara vokal (lāga mātrā), dua tanda bunyi sengau (bindī dan ṭippī), dan satu tanda khas yang menggandakan bunyi konsonan yang dikenakan (addak). Tambahan lagi, terdapat empat aksara gabungan, iaitu tiga bentuk bubuhan bagi konsonan Rara, Haha dan Vava, serta bentuk separuh Yayya. Bentuk gabungan Vava dan Yayya makin jarang dalam penggunaan moden.
Abjad Gurmukhi mengandungi 35 huruf yang berbeza. Tiga huruf pertama adalah unik kerana membentuk asas untuk vokal, oleh itu bukan konsonan. Huruf Ura dan Iri tidak ditulis secara bersendirian. Sila rujuk bahagian vokal untuk keterangan lanjut.
Nama
Sebutan
Nama
Sebutan
Nama
Sebutan
Nama
Sebutan
Nama
Sebutan
ੳ
Ura
ਅ
Aira
ੲ
Iri
ਸ
Sussa
Sa
ਹ
Haha
Ha
ਕ
Kakka
Ka
ਖ
Khukha
Kha
ਗ
Gugga
Ga
ਘ
Ghugga
Gha
ਙ
Ungga
Nga
ਚ
Chuchaa
Ca
ਛ
Chhuchha
Cha
ਜ
Jujja
Ja
ਝ
Jhujja
Jha
ਞ
Neya
Nya
ਟ
Tainka
Tta
ਠ
Thutha
Ttha
ਡ
Dudda
Dda
ਢ
Dhudda
Ddha
ਣ
Nahnha
Nna
ਤ
Tutta
Ta
ਥ
Thutha
Tha
ਦ
Duda
Da
ਧ
Dhuda
Dha
ਨ
Nunna
Na
ਪ
Puppa
Pa
ਫ
Phupha
Pha
ਬ
Bubba
Ba
ਭ
Bhubba
Bha
ਮ
Mumma
Ma
ਯ
Yaiyya
Ya
ਰ
Rara
Ra
ਲ
Lalla
La
ਵ
Vava
Va
ੜ
Rharha
Rha
Selain itu, terdapat enam lagi huruf konsonan yang dibentuk dengan membubuh titik (bindi) di tapak (pair) huruf konsonan (huruf-huruf berkenaan tiada dalam kitab Sri Guru Granth Sahib):
Nama
Sebutan
ਸ਼
Sussay pair bindi
Sha
ਖ਼
Khukhay pair bindi
Khha
ਗ਼
Guggay pair bindi
Ghha
ਜ਼
Jujjay pair bindi
Za
ਫ਼
Phuphay pair bindi
Fa
ਲ਼
Lallay pair bindi
Lla
Lallay pair bindi baru sahaja disertakan dalam abjad Gurmukhi.
Vokal
Tulisan Gurmukhi serupa konsepnya dengan semua tulisan-tulisan berketurunan Brahmi yang lain, oleh itu kesemua konsonan diikuti oleh bunyi vokal ‘a’ bawaan (kecuali di akhir kata di mana bunyi ‘a’ itu digugurkan). Bunyi vokal bawaan ini boleh diubah dengan menggunakan tanda vokal bersandar yang dihubungkan dengan huruf konsonan pembawan. Ada kalanya, tanda vokal bersandar tidak boleh dipakai, misalnya di awal kata atau suku kata, oleh itu huruf vokal tak bersandar dipakai.
Huruf vokal tak bersandar dibentuk dari tiga aksara pembawa, iaitu Ura (ੳ), Aira (ਅ) and Iri (ੲ). Huruf Aira apabila ditulis begitu sahaja mewakili bunyi 'a', tetapi dua huruf yang lain itu tidak digunakan tanpa tanda vokal.
Vokal
Nama
IPA
Tak bersandar
Bersandar
dengan /k/
Huruf
Unicode
ਅ
(tiada)
ਕ
Mukta
A
[ə]
ਆ
ਾ
ਕਾ
Kanna
AA
[ɑ]
ਇ
ਿ
ਕਿ
Sihari
I
[ɪ]
ਈ
ੀ
ਕੀ
Bihari
II
[i]
ਉ
ੁ
ਕੁ
Onkar
U
[ʊ]
ਊ
ੂ
ਕੂ
Dulankar
UU
[u]
ਏ
ੇ
ਕੇ
Lavan
EE
[e]
ਐ
ੈ
ਕੈ
Dulavan
AI
[æ]
ਓ
ੋ
ਕੋ
Hora
OO
[o]
ਔ
ੌ
ਕੌ
Kanora
AU
[ɔ]
Tulisan Gurmkhi sentiasa dibaca dari kiri ke kanan, dan bunyi vokal sentiasa disebut selepas konsonan yang dipaut. Oleh itu, bunyi Sihari walaupun terletak di kiri huruf konsonan namun harus disebut selepas konsonan tersebut.
Contoh vokal
Perkataan
Transkripsi
Erti
ਆਲੂ
ālū
ubi kentang
ਦਿਲ
dil
jantung
ਗਾਂ
gã
lembu
Angka
Angka Gurmukhi sama strukturnya dengan angka Hindu-Arab dan selalu didapati dalam catatan lama. Walaupun diancam oleh angka Arab moden, namun angka Gurmukhi masih laris dipakai pada masa kini.
0 - ੦
1 - ੧
2 - ੨
3 - ੩
4 - ੪
5 - ੫
6 - ੬
7 - ੭
8 - ੮
9 - ੯
Tanda bunyi dan aksara lain
Tanda sengau
Bindi ( ਂ ) dan Tippi ( ੰ ) digunakan untuk penyengauan (serupa dengan bunyi ‘N’ dalam imbuhan Melayu ‘meN-’). Secara amnya, aksara vokal Onkar ( ੁ ) dan Dulankar ( ੂ ) mengambil Bindi bagi bentuk tunggal dan Tippi pula selepas bergabung dengan konsonan.Kesemua vokal pendek lain mengambil Tippi sementara semua vokal panjang lain memakai Bindi. Catatan lama mungkin tidak mematuhi peraturan ini.
Addak
Tanda Addak ( ੱ ) menandakan konsonan berikutnya adalah konsonan panjang, iaitu konsonan berikutnya digandakan atau dikuatkan.
Halant
Tanda halant (੍) jarang sekali ditulis untuk bahasa Punjabi bertulisan Gurmukhi. Walaupun begitu, aksara tersebut adakalanya dipakai dalam teks Sanskrit atau dalam kamus untuk melengkapkan maklumat sebutan kata. Apabila dibubuh, tanda halant menandakan pengguguran bunyi vokal bawaan.
Contohnya:
ਕ – /ka/
ਕ੍ – /k/
Visarg
Tanda Visarg (ਃ U+0A03) digunakan sekali-sekala dalam abjad Gurmukhi, sama ada berfungsi sebagai tanda singkatan (seperti mana tanda noktah dipakai untuk bahasa Melayu), ataupun seperti tanda visarga dalam bahasa Sanskrit yang mana bunyi ‘h’ tak bersuara disebut selepas bunyi vokal.
Ek Onkar
Ek Onkar (ੴ) ialah lambang Gurmukhi yang sering didapati dalam kesusasteraan Sikh, bererti ‘Satu Tuhan’.
Lihat juga
Shahmukhī - tulisan Arab Parsi yang turut digunakan menulis bahasa Punjabi