Aksara (pengkomputeran)

Aksara (Jawi: اكسارا) ialah suatu unit mewakili sebutir data[1] memuatkan maklumat dalam bentuk yang terwujud dalam tulisan dari bahasa semulajadi[2] termasuk huruf atau suku kata sesebuah abjad, angka dan simbol[1] seperti tanda baca. Aksara-aksara ini boleh digabungkan dalam suatu rentetan.

Pengekodan

Data yang terkandung dalam unit-unit ini boleh diterjemahkan kepada paparan yang boleh dibaca melalui suatu pemadanan dengan turutan bit diwakili setiap aksara termasuk Kod Piawai Amerika untuk Pertukaran Maklumat. Walaupun kebanyakan komputer peribadi pada tahap awalnya menggunakan piawaian ASCII, namun beberapa piawai pengkodan komputer telah dimaju dan digunakan secara yang lebih meluas seperti EBCDIC dan Unicode.

Kod ASCII (sebutan: as-ki) adalah satu nilai integer yang diwakilkan dalam bentuk perduaan di mana setiap satu aksara diperuntukkan saiz 1 bait yang terdiri daripada 7 bit (singkatan daripada binary digit) manakala EBCDIC menggunakan 8 bit=1 bait.

Sebagai panduan:

  • 1 aksara = 8 bit = 1 bait
  • 1024 bait = 1 Kilobait (ribu)
  • 1024 Kilobait = 1 Megabiat (juta)
  • 1024 Megabait = 1 Gigabait (bilion)
  • 1024 Gigabait = 1 Terabait (trilion)
  • 1024 Terabait = 1 Petabait (juta Gigabait)
  • 1024 Petabait = 1 Exabait (juta Terabait)
  • 1024 Exabait = 1 Yottabait (juta Petabait)
  • 1024 Yottabait = 1 Zettabait (juta Exabait) ....

Rujukan

  1. ^ a b G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 1. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ "Definition of CHARACTER". Merriam-Webster Dictionary. Dicapai pada 1 April 2018.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!