Menyokong, mengalakkan dan membangunkan seni imej bergerak – film, televisyen dan permainan video – melalui pengiktirafan dan pengganjaran atas keunggulan, mendorong para karyawan serta memanfaatkan orang ramai
Akademi Seni Film dan Televisyen Britain (British Academy of Film and Television Arts, BAFTA) adalah suatu badan amal bebas yang menyokong, membangun dan menggalakkan bentuk seni imej bergerak – filem, televisyen, dan permainan video di United Kingdom. Ia mengadakan program dan inisiatif yang menawarkan akses untuk pencungkilan bakat melalui bengkel, kelas utama, biasiswa, kuliah dan skim mentor di United Kingdom dan Amerika Syarikat sepanjang tahun. Malah, ia turiut mengadakan suatu acara penganugerahan khas pada setiap musim luruh.
Badan ini asalnya ditubuhkan pengarah-pengarah dan tokoh tersohor dalam perfileman Britishimej mulai keluar sebagai Akademi Filem Britain (British Film Academy) pada tahun 1947,[1][2] dengan David Lean sebagai pengerusi pertama akademi ini.[3]
Anugerah
Anugerah Filem
Anugerah Filem Akademi Britain (British Academy Film Awards)[4] atau "The BAFTAs", diberika kepada sebrang karya daripada mana-mana negara yang pernah dilihat dalam panggung wayang British pada tahun sebelumnya.[5] Upacara telah diadakan sejak tahun 2017 di Royal Albert Hall. [6][7] Penganugerahan ini diadakan pada bulan Februari bagi mendahului acara-acara Anugerah Akademi.
Anugerah Televisyen dan Anugerah Seni Televisyen
Anugerah Televisyen Akademi British biasanya diadakan pada bulan April atau Mei dengan Anugerah Seni Televisyen yang menyusul dalam masa beberapa minggu.
Anugerah Permainan Video
Anugerah Permainan Video Akademi British diadakan pada bulan Mac, tidak lama setelah berlangsungnya Anugerah Filem pada bulan Februari.