Aidah Agil (lahir 5 Ogos 1959) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu-lagu popularnya, termasuk Segalanya Pasti, Kisah Malam Minggu dan Sepanjang Jalan Kenangan.[1][2]
Kerjaya
Aida pernah menimba pengalaman menyanyi di kelab malam seluruh negara bersama Heavy Machine, Explorers II dan Freedom selama 13 tahun. Beliau pernah menimba pengalaman menyanyi di kelab sekitar Singapura, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Malah Aida bernasib baik kerana mendapat bimbingan empat komposer terkenal iaitu Awang BPR, Wan Zul, M. Nasir dan JS Kevin.[3] Bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi di kelab malam sebagai persediaan untuk memulakan kerjaya muzik sepenuh masa.[4][5] Aida menandatangani kontrak bersama EMI Music Malaysia, seterusnya muncul bersama album studio senamanya dengan lagu "Segalanya Pasti" ciptaan Awang BPR dikeluarkan sebagai single pertama.[6][7] Beliau terus aktif menyanyi sehingga disahkan menghidap penyakit Bell's Palsy pada 2002.[8]
Kehidupan peribadi
Aida ialah anak kedua daripada 11 adik-beradik. Beliau menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Stulang, Stulang Laut, Johor Bahru, Johor.[9]
Diskografi
Album studio
Single
- "Segalanya Pasti"
- "Kisah Malam Minggu"
- "Sepanjang Jalan Kenangan"
- "Bathin Terluka"
- "Penyakit Jiwa"
Anugerah dan pencalonan
Carta pujaan 10 Radio 1 Malaysia (kini Radio Klasik)
|
Tahun
|
Tajuk
|
Kedudukan
|
(25 Oktober - 7 November) 1993
|
"Segalanya Pasti"
|
1
|
Rujukan
Pautan luar