Ahmad Maasom Pergau

Syeikh al-Maqari

Ahmad bin Mat Som
Kelahiran
Ahmad bin Mat Som

s. 1916
Lubuk Bongor, Pergau, Jeli, Kelantan, Tanah Melayu British
Meninggal duniaNovember 1987 (berumur 70–71)
Terengganu
DikebumikanTanah Perkuburan Kampung Banggol Air Leleh, Batu 6, Tok Jiring, Terengganu, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Nama lainTuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau
Tok Ayah Mad
PendidikanPondok Lebai Deraman, Pasir Mas, Kelantan

Ulum Al-Quran di Makkah selama 5 tahun

Ulum Al-Quran di Mesir selama 15 tahun
PekerjaanGuru al-Quran
Terkenal keranaJohan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Pertama pada Tahun 1381H/1961M
PasanganSalma binti Abdullah
Ibu bapaMat Som

Tuan Guru Haji Ahmad bin Mat Som atau dikenali sebagai Ahmad Maasom Pergau (Arab: الشيخ المقرىء احمد معصوم / الحاج أحمد بن سوم; s. 1916 – November 1987) merupakan johan qari pertandingan membaca al-Quran peringkat antarabangsa kali pertama di Malaysia. Beliau yang berasal dari Kelantan telah menjadi johan qari dengan mengalahkan 12 orang peserta qari lain dari Brunei, Pakistan, Indonesia, Sarawak (sebelum masuk Malaysia), Filipina, Singapura dan Thailand.[1]

Kehidupan Pribadi

Beliau yang merupakan Syeikh Al-Maqari' (juga dikenali Tuan guru Haji Ahmad Maasom Pergau) lahir pada tahun 1916 di Lubuk Bongor, Pergau dalam daerah Jeli Kelantan, Tanah Melayu British (kini Malaysia). Haji Ahmad Maasom juga dikenali sebagai Tok Ayah Mat atau Haji Ahmad Maasom . Guru beliau dalam bidang ilmu qiraat, taranum, tajwid dan talaqqi musyafahah ialah Syeikh Ahmad Hijazi Al-Makki di Makkah Makkah Al Mukarramah. Haji Ahmad Maasom juga mengambil ilmu dan sanad Al-Quran daripada qari Mesir iaitu Syeikh Taha Al-Fashani dan Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory.[2]

Pendidikan

Ahmad Maasom mendapat pendidikan awal di Pondok Lebai Deraman, Pasir Mas, Kelantan. Di pondok inilah beliau mula-mula mempelajari taranum al-Quran. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Yusof bin Haji Bulat yang lebih dikenali ramai sebagai Tuan Guru Haji Yusof Kedondong, seorang qari istana. Beliau belajar sebahagian lagu-lagu bacaan al-Quran terutama lagu Hijazi daripada Tuan Guru Haji Yusof bin Haji Bulat.[2]

Pengajian

Belajar di Makkah

Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau belajar [1]ilmu ulum Al-Quran dengan Qurra Makkah[Penjelasan diperlukan] dengan seorang guru yang terkenal iaitu Syeikh Ahmad bin Abdullah Hijazi selama 5 tahun. Syeikh Ahmad Hijazi belajar dengan Sheikh Abdullah bin Muhammad Qasim As-Sanquri (Tok Senggora), seorang Ajam dari Senggora.[3]

Di Makkah Al Mukarramah juga beliau juga mendapat didikan daripada Syeikh Abdul Samad Fidal dan Syeikh Muhammad Abdul Samad al-Jambi.[2]

Kitab Al Qaul As Sadid karangan guru kepada Ustaz Ahmad Maasom
Lakaran Grafik Tuan Guru Ahmad Maasom berserta Syeikh Ahmad Hijazi (Makkah), Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory dan Sheikh Taha Al-Fashani (Mesir)

Belajar di Mesir

Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau kemudian berhijrah ke Mesir dan belajar ulum Quran dengan Syeikh Taha Al-Fashni. Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau juga berguru dengan qari terkenal iaitu Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory dan Syeikh Abdul Fattah Al-Qadhi. Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau berada di Mesir selama 15 tahun.[2] Setelah berada di Mesir selama 15 tahun mendalami Ulum Al-Quran, Tuan Guru Haji Ahmad Maasom pulang ke tanahair sendiri untuk menabur bakti mengajar ilmu di Kelantan sebelum berhijrah ke Terengganu. Namun, beliau masih berulang-alik ke Kelantan untuk mengajar kelas al-Qurannya.[4]

Beliau merupakan satu-satunya qari negara yang mempelajari tilawah al-Quran dalam tempoh masa yang agak lama iaitu lebih kurang dua puluh tahun daripada ulama al-Quran yang terkenal mengikut kaedah talaqqi dan musyafahah dan mempunyai sanad yang mantap.[2]

Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory antara guru Ahmad Ma'som Pergau
kitab karya Sheikh Abdullah bin Muhammad Qasim ( Tok Senggora )

Johan tilawah

Selepas meraih Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan Majlis Tilawah kali ke-2 pada tahun 1381H/1961M, beliau telah terpilih menyertai Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa pada tahun tersebut[2][5] yang buat pertama kali diadakan dan dinobatkan sebagai Johan Qari Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama juga pada tahun 1381/1961. Naib johan disandang oleh Tuan Haji Ismail Hashim dari Kedah.

Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau menyertai Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan dan kemudian Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa[6] yang pertama dan menjadi Johan Qari pada tahun 1961.[2] Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory ketika itu merupakan salah seorang hakim dan bertanyakan qari yang memperdengarkan bacaan tadi (Ahmad Maasom) yang mana bacaannya menguasai sebutan Arab yang sempurna.[7] Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory meyakini bahawa qari tersebut seorang Arab, bukannya Ajam (orang bukan Arab). Semasa Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory bertemu dengan Ahmad Maasom, Sheikh Mahmud mengesyorkan supaya Ahmad Maasom tidak lagi menyertai sebagai peserta Musabaqah[petikan diperlukan] . Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau tidak lagi menjadi peserta tilawah mewakili negeri Kelantan untuk tahun 1962 dan tahun-tahun seterusnya namum begitu beliau dilantik menjadi hakim tilawah untuk tahun-tahun seterusnya.[8]

Penglibatan Tuan Guru Haji Ahmad Maasom dalam bidang pengajian al-Quran berpeluang memberi sumbangan besar kepada masyarakat Islam dan negara.

Antara khidmat dan jasa besar yang telah beliau curahkan ialah:[2]

  • Hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bermula selepas menjadi Johan Qari Antarabangsa Kali Pertama Tahun 1961.
  • Guru al-Quran sepenuh masa di seluruh daerah di Kelantan
  • Guru al-Quran di Terengganu

Kematian

Tuan Guru Ahmad Maasom mengadap Ilahi pada hari rabu 11 November 1987 bersamaan 19 Rabiul Awal 1408 di usia 71 tahun. Kehilangan beliau amat terasa di kalangan ramai anak murid seluruh negara terutamanya ramai di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor dan di luar negara terutamanya dikalangan rakan dan anak muridnya di Thailand, Kampuchea dan Indonesia . Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Banggol Air Leleh, Batu 6, Tok Jiring, Terengganu.

Gambar Tuan Guru Ahmad Ma'som Al-Farqawi bersama (Ustaz) Rusli Md.Zain bertalaqqi musyafahah Al-Quran semasa di Kelantan (1981-1983)

Legasi

Beliau mempunyai ramai anak murid dalam bidang qiraat dan al-Quran hasil didikan beliau. Antaranya ialah Johan Musabaqah tahun 1964 iaitu Ustaz Hasan Musa dan ramai lagi guru al-Quran yang meneruskan ilmu Al-Quran. Antaranya ialah Datuk Haji Nik Jaafar Ismail, Ustaz Rusli Md Zain Al-Farqawi dan Ustaz Abdul Rahim Ahmad,[4] johan kebangsaan 1993 dan 1994 yang masih aktif mengajar hasil didikan almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau. Ustaz Abdul Rahim Ahmad ketika berusia 27 tahun mempelajari Ulum Quran melalui bimbingan Tuan Guru Ahmad Maasom selama 12 tahun (1975 sehingga tahun 1987) .

Ramai lagi anak didikan Tuan Guru Ahmad Maasom bertebaran di seluruh negara, terutama di Kelantan , Kedah , Trengganu di mana sanad Al-Quran mereka tercatat nama Tuan Guru Ahmad Maasom, kerana beliau mahir menulis khat bagi menghasilkan Sanad berbentuk sijil untuk pelajarnya. Hasilnya ramai para imam-imam dan pencinta Al-Quran bersanad mengenali tokoh ini dengan kata mereka Ustaz Ahmad Maasom itu nombor satu ataupun dengan kata-kata lain bila ditanya Qari yang hebat di Malaysia tentunya para ahli Quran di Malaysia akan mengatakan individu tersebut ialah Ahmad Maasom Pergau. (sila rujuk buku ke 2) [2] [nyatakan menurut siapa?][perlu rujukan]

Johan Qariah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa beberapa kali dari Kelantan dan Malaysia Puan Hajjah Faridah Mat Saman merupakan legasi Tuan Guru Ahmad Maasom juga.

Rujukan

  1. ^ "Mengimbas sejarah tilawah al-Quran". Utusan Online. 20 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-30. Dicapai pada 30 Disember 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d e f g h "Haji Ahmad bin Mat Som - Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1380/1961". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-11. Dicapai pada 2018-01-10.
  3. ^ الشيخ أحمد عبدالله الحجازي
    "قاروت الفقيه كما تخرج على يديه عدد أخر من المقيمين من غير أبناء مكة المكرمة منهم الشيخ المقرىء محمد معصوم والشيخ المقرىء محمد طاهر."
  4. ^ a b Mohamad dll. 2008, m/s. 40.
  5. ^ "Senarai Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa". Portal Rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia. 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-06. Dicapai pada 7 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Mulai Tahun 1961 hingga 2007. Diarkib daripada yang asal pada 15 Mac 2014.
  7. ^ Mohamad dll. 2008, m/s. 41-42.
  8. ^ Mohamad dll. 2008, m/s. 39-40.

Buku

  • Mohamad bin Saari; dll., penyunting (2008). Johan Qari dan Qariah: Majlis Tilawah al-Qur'an Antarabangsa Malaysia 1380H/1961M-1428H/2007M. Diterjemahkan oleh Ubadah Tawfiq Ahmad Bahnasi; Haji Ahmad bin Dahan. Gambar oleh Jamal bin Ibrahim. Putrajaya, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. m/s. 37–42. ISBN 978-983-042-377-7. Dicapai pada 10 Januari 2018.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ketokohan Haji Abdul Rahim Ahmad Dalam Bidang Tarannum dan Kaedah Tilawahnya karya 1.Ahmad Shafiq Mat Razali ,2. Wan Hilmi Wan Abdullah dan 3.Wan Nasyrudin Wan Abdullah berdasarkan Temubual dengan Haji Abdul Rahim, mantan qari antarabangsa bagi tilawah peringkat antarabangsa pada tahun 1994 dan 1995 di kediaman beliau di kampung Panchor Kemumim, Kota Bharu, Kelantan pada hari ahad, 26 Oktober 2014, masa 4.00 petang.. Ini terbukti apabila jika ada orang bertanya tentang qari hebat diMalaysia, maka jawapnya Matsom Pergau m/s 2 perenggan 4 ,[3]
  • Tesis PhD  : Haji Ahmad bin Mat Som Pergau dan sumbangannya dalam pengajian tarannum di Kelantan / Universiti Malaya. Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith. Diselia oleh Prof. Dr Mohd. Yakub @ Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff. Personal Author: Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad BP42 A2 UM 2008
  • Buku Johan Qari & Qariah Malaysia 1960-2006 [4]
  • Biodata Ustaz Ahmad Maasom Pergau di dalam kandungan buku Johan Qari & Qariah Malaysia 1960-2006

Pautan luar

Senarai Johan Qari Peringkat Kebangsaan Diarkibkan 2015-06-24 di Wayback Machine

Read other articles:

41st season of second-tier NASCAR Xfinity Series 2022 NASCAR Xfinity Series Previous 2021 Next 2023 Champions | Seasons Ty Gibbs, the 2022 Xfinity Series champion. Noah Gragson finished second behind Gibbs in the championship. Justin Allgaier finished third in the championship. Josh Berry finished fourth in the championship. A. J. Allmendinger won the regular season championship, but finished fifth in the playoffs. Austin Hill, the 2022 NASCAR Xfinity Series Rookie of the Year. Chevrolet won ...

 

Venezuelan newspaper This article is about the Caracas daily. For other similarly named newspapers, see El Universal (disambiguation). This article needs to be updated. Please help update this article to reflect recent events or newly available information. (December 2022) You can help expand this article with text translated from the corresponding article in Spanish. (March 2015) Click [show] for important translation instructions. View a machine-translated version of the Spanish articl...

 

Vương Kiến Vũ王建武Chính ủy Chiến khu Nam bộNhiệm kỳ17 tháng 1 năm 2019 – nay4 năm, 318 ngàyTư lệnhViên Dự BáchTiền nhiệmNgụy LượngKế nhiệmđương nhiệmChính ủy Quân khu Tây TạngNhiệm kỳTháng 8 năm 2016 – 2018Tiền nhiệmĐiêu Quốc TânKế nhiệmTrương Học Kiệt Thông tin cá nhânSinhtháng 8, 1958 (65 tuổi)huyện Lạc Ninh, tỉnh Hà NamĐảng chính trịĐảng Cộng s...

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (أبريل 2019) جورج سالتر معلومات شخصية الميلاد 5 أكتوبر 1897  بريمن  الوفاة 31 أكتوبر 1967 (70 سنة)   نيويورك  مواطنة الولايات المتحدة ألمانيا  الحياة العملية المهنة ...

 

《查拉圖斯特拉如是說》初版時的封面。 弗里德里希·尼采的哲學思想在19世紀末發展成熟,開創出了一套對黑格爾的哲學體系的批判,並且對20世紀的哲學發展有重要影響。尼采的理論可以套用至包含道德、宗教、知識論、心理學、本體論、以及社會評論等眾多題材上。 尼采本身並沒有對他的哲學進行有系統的論述,因此尼采哲學的本質究竟為何一直是哲學界的爭論議題。...

 

Commuter rail line in New Jersey and New York Pascack Valley LineA Hoboken Terminal-bound train at River Edge.OverviewOwnerNew Jersey TransitLocaleNorthern New Jersey and Hudson Valley, New York, United StatesTerminiHoboken TerminalSpring ValleyStations18ServiceTypeCommuter railSystemNew Jersey Transit Rail OperationsMetro-North RailroadOperator(s)New Jersey TransitRolling stockF40PH-3C/GP40PH-2/GP40FH-2/PL42AC/ALP-45DP locomotivesComet VDaily ridership7,200 (weekday average, FY 2012)[1&#...

Icelandic composer This biography of a living person relies too much on references to primary sources. Please help by adding secondary or tertiary sources. Contentious material about living persons that is unsourced or poorly sourced must be removed immediately, especially if potentially libelous or harmful.Find sources: Hafliði Hallgrímsson – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (May 2010) (Learn how and when to remove this template message) ...

 

The Fierza Reservoir was formed as a result of the construction of the Fierza Hydroelectric Power Station in 1978 Albania was one of only two countries in the world (along with Paraguay) whose entire electricity production was dependent on hydroelectric power.[1] In 2021 electricity consumed was 6,51 billion kWh with 5.31 billion kWh produced, the rest imported.[2] Energy sources Hydroelectric It is host to five Hydroelectric power stations and a plant including the Fierza, Ko...

 

City in Razavi Khorasan province, Iran For other places with the same name, see Bidokht. City in Razavi Khorasan, IranBidokht Persian: بيدختCityBidokhtCoordinates: 34°20′52″N 58°45′23″E / 34.34778°N 58.75639°E / 34.34778; 58.75639[1]Country IranProvinceRazavi KhorasanCountyGonabadDistrictCentralPopulation (2016)[2] • Total5,501Time zoneUTC+3:30 (IRST)Bidokht at GEOnet Names Server Bidokht (Persian: بيدخت, also...

Indian actor based in South Korea (born 1988) Anupam TripathiAnupam Tripathi in September 2022Born (1988-11-02) 2 November 1988 (age 35)New Delhi, IndiaAlma materKorea National University of ArtsOccupationActorKorean stage nameHangul아누팜 트리파티Revised RomanizationAnupam teuripatiMcCune–ReischauerAnup'am t'ŭrip'at'i Anupam Tripathi (Korean: 아누팜 트리파티, romanized: Anupam Teuripati; born 2 November 1988) is an Indian actor based in South Korea. He has app...

 

Meall nan AigheanEntrance to Glen Lyon. Meall nan Aighean is the highest point in the background.Highest pointElevation981 m (3,219 ft)[1]Prominence136 m (446 ft) ListingMunroNamingEnglish translationHill of the heifers or hinds[1]Language of nameGaelicGeographyLocationPerth and Kinross, ScotlandParent rangeGrampiansOS gridNN694496Topo mapOS Landranger 51, OS Explorer 378 Meall nan Aighean is a Scottish mountain in the council area of Perth and Ki...

 

名古屋造形大学 名古屋造形大学名城公園キャンパス 大学設置 1990年創立 1967年学校種別 私立設置者 学校法人同朋学園本部所在地 愛知県名古屋市北区名城2丁目4番1キャンパス 名城公園学部 造形学部研究科 造形研究科ウェブサイト https://www.nzu.ac.jp/テンプレートを表示 名古屋造形大学(なごやぞうけいだいがく、英語: Nagoya Zokei University、公用語表記: 名古屋造形大学...

This article does not cite any sources. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Riptide Youngblood – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (October 2018) (Learn how and when to remove this template message) Comics character RiptideRiptidePublication informationPublisherImage ComicsFirst appearanceYoungblood #1 (April 1992)Created byRob LiefeldIn-...

 

Irredentist concept Greater Greece redirects here. For the Ancient Greek settlements in southern Italy, see Magna Graecia. Map showing Greek ambitions at the Paris Peace Conference after WWI, 1919 Map of Megali Hellas (Greater Greece) as proposed at the Paris Peace Conference of 1919 by Eleftherios Venizelos, the leading major proponent of the Megali Idea at the time. The territorial expansion of Greece, 1832–1947. The Megali Idea (Greek: Μεγάλη Ιδέα, romanized: Megáli Idéa...

 

Ismael Lengah, Panglima Divisi IX Banteng Komando Divisi IX Banteng adalah suatu komando militer yang dibentuk pada masa perang kemerdekaan (1945–1950) di Sumatra Tengah yang wilayah operasinya meliputi empat provinsi sekarang, yaitu Sumatera Barat, Riau, Jambi, dan Kepulauan Riau. Komando Divisi IX Banteng mempunyai pasukan yang banyak karena adanya Sekolah Pendidikan Opsir di Bukittinggi yang pendiriannya diprakarsai oleh para perwira Giyugun pada masa pendudukan Jepang, bahkan salah satu...

اللجنة المركزية لتوجيه بناء الحضارة الروحية جزء من سلسلة مقالات سياسة الصينالصين الدستور الدستور حقوق الإنسان السلطة التنفيذية الرئيس الحكومة الشعبية المركزية السلطة التشريعية مجلس الشعب الصيني السلطة القضائية القضاء الانتخابات الانتخابات الأحزاب السياسية السياسة ال...

 

Species of tree Tilia dasystyla Scientific classification Kingdom: Plantae Clade: Tracheophytes Clade: Angiosperms Clade: Eudicots Clade: Rosids Order: Malvales Family: Malvaceae Genus: Tilia Species: T. dasystyla Binomial name Tilia dasystylaSteven Tilia dasystyla is a deciduous lime tree species. It contains the following subspecies:[1] T. dasystyla subsp. caucasica (V.Engl.) Pigott (syn. T. begoniifolia, T. caucasica, T. platyphyllos subsp. caucasica, T. rubra var. begoniifoli...

 

2017 film by Kamaleshwar Mukherjee Amazon ObhijaanTheatrical release posterDirected byKamaleshwar MukherjeeWritten byKamaleshwar MukherjeeBased onCharacters of Chander Pahar, createdby Bibhutibhushan BandyopadhyayProduced byMahendra SoniShrikant MohtaStarring Dev Laboni Sarkar David James Svetlana Gulokava CinematographySoumik HaldarEdited byRabiranjan MaitraMusic byDebojyoti MishraProductioncompanyShree Venkatesh FilmsDistributed byShree Venkatesh FilmsRelease date 22 December 2017...

American politician Alfonso LopezMember of the Virginia House of Delegatesfrom the 49th districtIncumbentAssumed office January 11, 2012Preceded byAdam EbbinVirginia House Democratic WhipIncumbentAssumed office January 2016Serving with Mike Mullin Personal detailsBorn (1970-07-28) July 28, 1970 (age 53)Williamsport, Pennsylvania, U.S.Political partyDemocraticSpouseSarah ZevinChildren2Alma materVassar College (BA)Tulane University (JD)CommitteesAgriculture, Che...

 

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (يناير 2023) كنيسة السية العذراء مريم معلومات أساسيّة المنطقة منطقة السليمانية في حلب بسوريا المدينة حلب تعديل مصدري - تعديل   كنيسة السيدة العذراء مريم بحلب[1] هي ...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!