Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Al-Minangkabawi (Arab: شيخ ٱحمد خاطب بن عبدالطيف الميننكاباويcode: ar is deprecated , 26 Jun 1860 ― 13 Mac 1910)[1] adalah ulama besar asal Tanah Besar Minang yang pernah menjadi imam, khatib, dan guru besar di Masjidil Haram, sekaligus muftiMazhab Syafie pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Meskipun Ahmad Khathib adalah seorang MuslimSunni, dia masih berharap untuk mendamaikan sistem matrilineal di Minangkabau dengan hukum warisan yang ditentukan dalam Al-Quran. Ajaran dibawa beliau baik di Sumatera mahupun di Mekah erusaha mencenderungkan adat budaya Minangkabau agar diselarikan berdasarkan Al-Qur'an dan Sunah.
Beliau mempunyai peranan penting di Makkah al Mukarramah dan di sana menjadi guru para ulama Nusantara. Bahkan, banyak pemimpin reformis Islam Indonesia belajar darinya, termasuk Ahmad Dahlan dan Hasyim Asy'ari masing-masing Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama iaitu pertubuhan Islam amat berpengaruh di rantau tersebut.[2]
Awal hidup
Ahmad Khatib lahir di Bukittinggi, Sumatera Barat, pada hari Isnin 6 Dzulhijjah 1276 H (1860 Masihi), ayahnya Syaikh ‘Abdul Lathif seorang alim. Pada ketika ini beliau turut diberi gelaran "Ahmad Kecil".
Ahmad mengambil pendidikan formal secara dasar dan berlanjut ke Sekolah Raja atau Kweekschool,[3] beliau menamatkan persekolahannya tahun 1871. Di samping itu juga beliau turut mempelajari mabadi’ (dasar-dasar) ilmu agama dan hafazan al-Quran beberapa juz dari ayahnya Syaikh ‘Abdul Lathif,
Pada tahun 1287, Ahmad diajak ayahnya untuk menunaikan ibadah haji bersama di Mekah (yang pada ketika itu berada dalam jagaan kerajaan Uthmaniyah) Setelah ibadah haji selesai ditunaikan mereka, Abdul Lathif kembali ke Sumatera Barat sementara Ahmad tetap tinggal di Mekah untuk menyelesaikan hafalan Al Qurannya dan menuntut ilmu dari para ulama-ulama Mekkah terutama yang mengajar di Masjidil-Haram .
Perguruan di Mekah
Awal berada di Makkah, beliau berguru dengan beberapa ulama terkemuka di sana seperti Sayyid Bakri Syatha, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makkiy. Banyak sekali murid Syeikh Khatib yang diajarkan fiqh Syafi'i. Kelak di kemudian hari mereka menjadi ulama-ulama besar di Indonesia, seperti Abdul Karim Amrullah ayah dari Buya Hamka; Syeikh Muhammad Jamil Jambek, Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli, Syeikh Muhammad Jamil, Syeikh Abbas Qadhi, Syeikh Abbas Abdullah, Syeikh Khatib Ali, Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Mustafa Husein, dan Syeikh Hasan Maksum.
Syeikh Ahmad Khatib adalah tiang tengah dari mazhab Syafi'i dalam dunia Islam pada permulaan abad ke-20. Ia juga dikenali sebagai ulama yang sangat mengambil berat terhadap pencerdasan umat. Imam Masjidil Haram ini adalah ilmuan yang menguasai ilmu fiqih, sejarah, aljabar, ilmu falak, ilmu hitung, dan ilmu ukur.
Kerjaya sebagai imam
Beliau dilantik menjadi imam dan khatib sekaligus staf pengajar di Masjidil Haram kerana tahap ilmu yang tinggi. Namun, sebab utama beliau dipilih sangat diselisihkan didasarkan dua riwayat yang tampaknya saling bertentangan:
‘Umar ‘Abdul Jabbar dalam kamus tarajimnya, Siyar wa Tarajim mencatat bahawa jawatan imam dan khatib diperoleh Syaikhul Ahmad Khatib Rahimahullah berkat permintaan Shalih Al Kurdi, sang mertua kepada Syarif ‘Aunur Rafiq agar berkenan mengangkat Syaikhul Ahmad Khatib Rahimahullah menjadi imam & khathib.[4]
Hamka rahimahullah dalam Ayahku, Riwayat Hidup Dr. ‘Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan Kaum Agama di Sumatra (yang dinukil lanjut bersama oleh Dr. Akhria Nazwar dan Dadang A. Dahlan) pula menerangkan suatu ketika dalam sebuah solat berjemaah yang diimami langsung Syarif ‘Aunur Rafiq. Di tengah solat, ternyata ada bacaan imam yang salah, Ahmad Khatib yang makmum mengetahui hal ini beraninya membetulkan bacaan imam. Setelah usai solat, Syarif ‘Aunur Rafiq bertanya siapa gerangan yang telah membenarkan bacaannya tadi. Lalu ditunjukkannya Ahmad Khatib yang tak lain adalah menantu sahabat karibnya, Shalih Al Kurdi, yang terkenal dengan kesolehan dan kecerdasannya itu. Akhirnya Syarif ‘Aunur Rafiq mengangkat Ahmad Khatib sebagai imam dan khathib Masjid Al Haram untuk mazhab Syafi’i.
Senja usia
Beliau meninggal dunia di Makkah hari Isnin 8 Jamadilawal 1334 H atau 13 Mac 1916 Masihi.[1]
Waris
Beliau meninggalkan tiga orang anak: anak sulungnya Abdul Karim memiliki sebuah toko buku di Mekah, anak keduanya Abdul Malik al-Khathib adalah seorang duta besar manakala anak ketiganya Syaikh Abdul Hamid al-Khathib, adalah duta besar Arab Saudi pertama untuk Pakistan.
Perhatiannya terhadap undang-undang waris juga sangat tinggi. Kepakarannya dalam mawarith (hukum waris) telah membawa pembaharuan adat Minang yang simpang dengan Islam. Martin van Bruinessen mengatakan, kerana sikap reformis inilah akhirnya "al-Minangkabawi" semakin terkenal. Salah satu teguran sinis Syeikh Ahmad Khatib yang cukup keras termaktub di dalam kitab "Irsyadul hajara fi Raddhi 'alan Nashara". Dalaman kitab ini, beliau menulis sanggahan terhadap kefahaman tritunggal yang menjadi doktrin ajaran anutan Kristian yang dipandangnya sebagai konsep Tuhan yang mengaburkan.
Selain masalah teologi, dia juga pakar dalam ilmu falak. Hingga saat ini, ilmu falak untuk menentukan awal Ramadhan dan Syawal, perjalanan matahari dan jangkaan wahtu solat, gerhana bulan dan matahari, serta kedudukan bintang-bintang tsabitah dan sayyarah, temabur dan lain-lain.
Syeikh Ahmad Khatib juga pakar dalam geometri dan tringonometri yang berfungsi untuk meramal dan menentukan arah kiblat, serta berfungsi untuk mengetahui putaran bumi dan membuat kompas yang berguna apabila berlayar. Kajian dalam bidang geometri ini tertuang dalam karyanya yang bertajuk Raudat al-Hussab dan ‘Alam al-Hussab
Senarai karya
Semasa hidupnya, beliau menulis 49 buku yang menyentuh masalah-masalah keagamaan dan kemasyarakatan; penulisan ini banyak tersebar hingga ke wilayah Suriah, Turki, dan Mesir.
Beberapa karyanya tertulis dalam Bahasa Arab dan Melayu, salah satunya adalah al-Jauhar al-Naqiyah fi al-A'mali al-Jaibiyah. Kitab tentang ilmu Miqat ini diselesaikan pada hari Isnin 28 Dzulhijjah 1303 H.
Karya lain adalah Hasyiyatun Nafahat ala Syarh al-Waraqat. Syeikh Ahmad Khatib menyelesaikan penulisan kitab ini pada hari Khamis, 20 Ramadhan 1306 H, isinya tentang usul fiqh. Karyanya yang membahas ilmu matematika dan al-Jabar adalah Raudhatul Hussab fi A'mali Ilmil Hisab yang selesai ditulis pada hari Ahad 19 Dzulqaedah 1307 H di Makkah.
Kitab-kitab lain adalah Al-Da'il Masmu'fi al-Raddi ala man Yurist al-Ikhwah wa Aulad al-Akhawat ma'a Wujud al-Ushl wa al-Manhaj al-Masyru, Dhau al-Siraj dan Shulh al-Jama'atain bi Jawazi Ta'addud al-Jum'atain.
Dalam bahasa Arab
Hasyiyah An Nafahat ‘ala Syarhil Waraqat lil Mahalli
Al Jawahirun Naqiyyah fil A’malil Jaibiyyah
Ad Da’il Masmu’ ‘ala Man Yuwarritsul Ikhwah wa Auladil Akhwan Ma’a Wujudil Ushul wal Furu’
As Suyuf wal Khanajir ‘ala Riqab Man Yad’u lil Kafir
Al Qaulul Mufid ‘ala Mathla’is Sa’id
An Natijah Al Mardhiyyah fi Tahqiqis Sanah Asy Syamsiyyah wal Qamariyyah
Ad Durratul Bahiyyah fi Kaifiyah Zakati Azd Dzurratil Habasyiyyah
Fathul Khabir fi Basmalatit Tafsir
Al ‘Umad fi Man’il Qashr fi Masafah Jiddah
Kasyfur Ran fi Hukmi Wadh’il Yad Ma’a Tathawuliz Zaman
Hallul ‘Uqdah fi Tashhihil ‘Umdah
Izhhar Zaghalil Kadzibin fi Tasyabbuhihim bish Shadiqin
Kasyful ‘Ain fi Istiqlal Kulli Man Qawal Jabhah wal ‘Ain
As Saifu Al Battar fi Mahq Kalimati Ba’dhil Aghrar
Al Mawa’izh Al Hasanah Liman Yarghab minal ‘Amal Ahsanah
Raf’ul Ilbas ‘an Hukmil Anwat Al Muta’amil Biha Bainan Nas
Iqna’un Nufus bi Ilhaqil Anwat bi ‘Amalatil Fulus
Tanbihul Ghafil bi Suluk Thariqatil Awail fima Yata’allaq bi Thariqah An Naqsyabandiyyah
Al Qaulul Mushaddaq bi Ilhaqil Walad bil Muthlaq
Tanbihul Anam fir Radd ‘ala Risalah Kaffil ‘Awwam, sebuah kitab bantahan untuk risalah Kafful ‘Awwam fi Khaudh fi Syirkatil Islam karya Ustadz Muhammad Hasyim bin Asy’ari yang melarang kaum muslimin untuk bergabung di Sarekat Islam (SI)
Hasyiyah Fathul Jawwad - 5 jilid
Fatawa Al Khathib ‘ala Ma Warada ‘Alaih minal Asilah
Al Qaulul Hashif fi Tarjamah Ahmad Khathib bin ‘Abdil Lathif
Dalam bahasa Melayu
Mu’allimul Hussab fi ‘Ilmil Hisab
Ar Riyadh Al Wardiyyah fi Ushulit Tauhid wa Al Fiqh Asy Syafi’i
Al Manhajul Masyru’ fil Mawarits
Dhaus Siraj Pada Menyatakan Cerita Isra’ dan Mi’raj
Shulhul Jama’atain fi Jawaz Ta’addudil Jumu’atain
Al Jawahir Al Faridah fil Ajwibah Al Mufidah
Fathul Mubin Liman Salaka Thariqil Washilin
Al Aqwal Al Wadhihat fi Hukm Man ‘Alaih Qadhaish Shalawat
Husnud Difa’ fin Nahy ‘anil Ibtida’
Ash Sharim Al Mufri li Wasawis Kulli Kadzib Muftari