Agenda Ekonomi Malaysia atau singkatannya AEM merupakan program ekonomi makro yang diwarawarakan oleh bekas Menteri Kewangan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kelemahan Dasar Ekonomi Baru
Tatkala DAP / Lim Guan Eng menolak kelemahan DEB hingga menghasilkan kronisme dan ketidakcekapan rasuah dan salah guna kuasa , Agenda Ekonomi Malaysia diutarakan oleh Anwar Ibrahim sebagai jawapan kepada tuntutan UMNO / Melayu. Demonstrasi diadakan di hadapan menara Komtar, Pulau Pinang oleh 3000 orang Melayu Pulau Pinang dan UMNO pada 16 Mac 2008 . Mohd Sabu dan pimpinan PAS kehairanan mengapa polis belum bertindak ke atas penunjuk perasaan tersebut.
Agenda Ekonomi Malaysia telah dilakarkan dalam manifesto PKR dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Agenda Melayu akan dikekalkan tetapi juga melakarkan satu agenda baru untuk orang Cina dan India. AEM akan menggantikan DEB di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.[1] AEM merangkumi sebahagian matlamat DEB terutama isu membasmi kemiskinan. Kaum Melayu bawahan dan pertengahan akan dibela.[2] Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tidak menafikan hak istimewa orang Melayu.
Rujukan