Tujuh (7, Jawi: توجوهcode: ms is deprecated ) ialah nombor, angka atau glif bilangan keenam selepas satu (1). Ia merupakan nombor asli selepas 6 dan sebelum 8.
Peristilahan
Perkataan tujuh dipercayai berkaitan dengan jari telunjuk yang sering dinampakkan bersama menambah dua dengan ibu jari "tertonjol secara tabii" pada satu tangan selain "sebelah tangan (lima) tergenggam" dalam mengira angka ini.[1]
Sesetengah agama samawi mempercayai tujuh hari sebagai tempoh dianggarkan Tuhan menciptakan segala alam semesta di mana Tuhan dipercayai "berehat" pada hari terakhir menurut Kitab Kejadian diimankan agama Yahudi dan agama Kristian;[2] hal ini dibandingkan dengan agama Islam yang menetapkan tempoh tersebut selama enam hari menurut al-Quran.[3]
Agama Yahudi paling mengutamakan perlambangan disebutkan dalam penceritaan kitab itu menjadikan Sabtu, hari ketujuh dalam seminggu sebagai hari khusus untuk beribadah yang diberi nama Shabbat. Suatu cagak lilin khas yang dipasangkan di sinagog iaitu menorah turut berkongsi perlambangan sama menepatkan tujuh batang lilin mengikut suatu penceritaan dalam Kitab Keluaran mengenai perbualan antara Musa dengan Tuhan.[4]
agama Islam menyatakan tujuh sebagai angka bilangan tujuh petala langit dan bumi diciptakan Allah serta bilangan fasa penciptaan manusia;[5] ia merupakan bilangan ditetapkan dalam amalan ibadat tertentu seperti tawaf mengelilingi Kaabah dan sa'i umrah haji serta pelontaran batu jamrah.[5]
agama Kristian mempercayai adanya tujuh maha dosa besar yang dicela dalam kitab mereka; barangan kudus yang dikenali dalam aliran Katolik turut diketahui berbilang tujuh. Cerita orang-orang yang tidur dalam gua selama berkurun-kurun (dikenali dalam Islam dengan nama Ashabul Kahfi) dari sudut pandang agama ini turut dikirakan tetap sebanyak tujuh orang.
Dalam agama Hindu, terdapat tujuh jenis titik tumpu dalam badan atau chakra yang dipercayai.[6]
Dalam agama Buddha, tujuh merupakan bilangan ciri yang dipercayai membawa kepada pencerahan atau "nirwana"[7]
Budaya
Nombor ini dianggap membawa tuah dalam masyarakat-masyarakat Barat.